Kursus Pembentangan


Pembentangan adalah sebahagian daripada kemahiran komunikasi berkesan. Pembentangan yang baik akan membolehkan anda mencurahkan idea anda dengan jelas kepada penonton, yang akan membantu anda dalam kerjaya dan kehidupan anda. Sementara itu, pembentangan yang tidak baik akan membuatkan penonton anda berasa bosan dan tidak berminat untuk mendengar idea anda. Oleh itu, tidak ragu lagi, kemahiran pembentangan tidak boleh diambil ringan dan anda harus berusaha untuk menguasai kemahiran ini secepat mungkin.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PEMBENTANGAN Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 1: Apabila Tidak Arif Tentang Teknik Pembentangan


Sebagai pengurus HR baru dan muda, Hong telah mengenal pasti perisian yang dapat membantu jabatan HR bekerja dengan lebih cekap, namun harga perisian tersebut agak mahal. Bos Hong berkata, jika dia dapat meyakinkan lembaga pengarah, perisian itu akan diluluskan. Hong teruja. Dia berlatih membentang sepanjang malam untuk memastikan dia membentang dengan baik.

Pada hari pembentangan, ahli lembaga pengarah bosan dengan pembentangan nya. Beliau bukanlah membentang, sebaliknya memberi kuliah mengenai perisian tersebut kepada mereka. Sudah tentu, lembaga pengarah mengambil kesempatan ini untuk membuang ideanya atas dasar ianya tidak cukup meyakinkan bagi mereka untuk membuat pelaburan pada perisian ini.

Hong berasa malu dan tidak percaya. Dia bernasib baik kerana bosnya menerima keputusan lembaga pengarah dengan hati terbuka dan memberitahu Hong untuk menggilap kemahiran pembentangan nya untuk pembentangan akan datang. Hong mengambil nasihat bosnya dan mula menghadiri kelas pembentangan.

Kajian Kes 2: Pembentangan Yang Memakan Masa Terlalu Lama


Mei adalah seorang pencerita yang hebat. Mempunyai se-dekad pengalaman dalam mengajar pelajar universiti mengenai kemahiran bercerita, dia diambil sebagai pengurus pemasaran di sebuah pengeluar telefon pintar antarabangsa. Pada suatu hari, bos nya meminta dia untuk membuat 'sales pitch' untuk produk mereka yang baru dikeluarkan di pameran antarabangsa.

Mei amat yakin dia dapat melakukan nya dengan cemerlang. Lagipun, dia telah memenangi banyak pertandingan bercerita di sekolah, di universiti dan mengajar orang-orang kemahiran bercerita selama 10 tahun. Memenangi hati penonton di persidangan antarabangsa ini mudah baginya.

Malangnya, ianya tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan. Mei mengambil masa yang terlalu lama untuk membentangkan produk tersebut. Sesetengah audien telah meninggalkan pameran itu sebelum dia menamatkan pembentangan nya. Rasa tidak percaya, dia bertanya beberapa audien mengapa mereka pergi sebelum pembentangan selesai.

Dia kemudian sedar bahawa mempromosikan sesuatu produk adalah berbeza daripada bercerita. Para penonton ingin mengetahui ciri-ciri produk dengan serta-merta dan tidak berminat untuk mendengar penceritaan. Mei menyedari kesilapannya dan berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa akan datang.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PEMBENTANGAN Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 3: Pembentangan Yang Cemerlang Membawa Keuntungan


Amat bekerja sebagai pembantu jualan untuk sebuah syarikat telekomunikasi. Pada suatu hari, bosnya mahu dia membentangkan pakej internet 5G terkini kepada bakal pelanggan. Amat merasakan inilah peluang nya untuk menyerlah, lalu dia pun membuat draf pembentangan nya.

Dia bermula dengan membuat slaid dan menambah graf, animasi dan apa sahaja yang boleh menarik minat penontonnya. Dia juga memakai formal untuk pembentangan nya, untuk meningkatkan keyakinan nya dan membuat pelanggan berasa yakin kepadanya sebagai pembentang. Dia memastikan pembentangannya adalah pendek tetapi memberi impak.

Persiapannya membuahkan hasil. Pelanggan mula melanggan pakej baru tersebut. Amat pula menerima promosi dan bonus dari bosnya. Ahmad gembira tetapi tidak menggunakan kejayaan ini untuk menjadi leka. Dia pergi ke kelas pembentangan untuk meningkatkan lagi kemahiran pembentangan nya.

No comments:

Post a Comment